Assalamualaikum.
Bertemu lagi. π
Ais kepal! Dapat bayangkan rope mana...?
Ais yang disagat, dibentuk bulat, saiz ngam-ngam untuk letak atas tapak tangan. Punye le sempoi... lapik dengan kertas suratkhabar yang dipotong segiempat kecik. Lepas tu siram dengan ayo gula warna merah / sirap. π΄
Haa... apa lagi... hisap dan gigit-gigit le! π
Dulu, awal tahun 70an, tambang van sekolah 5 sen sehala. Hari Jumaat, Pak Cik Van solat Jumaat dulu, π. Kami yang habih kelas dalam pukul 12, π, tak larat nak tunggu hingga habis solat. Ate... jalan kaki le πΆπ½♂️balik ke rumah.
Jalan bawah rembang matahari,π, lega le sikit, dapat makan ais kepal. Ha ha... makan ke minum?
Duit tambang tak masuk tabung le jawabnye...
Ais kepal habis dinikmati π, rumah pun dah dekat... alhamdulillah.
Achik Kuale π
Loghat Kuale
ais kepal ~ ais kepe; e pertama, e pepet dan e kedua, e taling
Sifat Terpuji: Jaga solat.
#ais kepal