Rabu, 1 Mac 2023

Jom Bela Angsa

Assalamualaikum.

Bertemu kembali, 😊

Angsa, 🦒. Kite selalu fikir angsa garang. Angsa sebagai pengawal rumah. Angsa akan kejo tetamu.

Achik mule bela angsa, 🦒pada Februari 2019. Sepasang angsa putih dan sepasang lagi, putih dan kelabu. Angsa yang sangat comey. Angsa yang mesra dan pemalu. Alhamdulillah, tak garang. 

Angsa yang tak ada nama, Achik cuma panggei putih dan kelabu, ikut warna deme. Tapi bila dah lama "berkawan" dengan deme, timboi rasa sayang. Dipanggei deme nyaut, ditegur macam faham.  Ha ha... 🦒 macam dapat bezakan antara sapaan dan teguran.

Ate cer kome terey bayangkan, angsa yang elok je tengah "meragut" rumput, bila kite lalu,🚢🏽‍♂️deme yang beredar ke tepi.... sambil berbunyi-bunyi. Dulu,  mungkin kite pernah dikejo dek angsa. Tapi... itu dulu. La ni... sangat berbeza.

Achik guna perkataan "meragut" sebab memang satu perkara yang baghu bagi Achik. Achik tak tahu yang angsa ni kuat makan rumput.

Ropenye deme meragut rumput macam lembu kambing. πŸ‚πŸƒ Laman belakang rumah yang rumput padang bercampo-campo dengan rumput lio cepat je jadi botak, macam padang jarak, padang tekukur... πŸ˜…

Achik Kuale πŸ˜‰


Sifat Terpuji: Sayangi haiwan!

Peribahasa: Padang jarak, padang tekukur

Maksud:

1. Sebuah kawasan luas yang ditinggalkan kosong tanpa sebarang aktiviti pertanian dan sebagainya.

2. Sesuatu kawasan / bangunan yang habis musnah akibat kebakaran, bencana alam dan sebagainya.

#angsa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makanan Angsa

 Assalamualaikum. Bertemu kembali, 😊 Umur remaja telah dilalui... sebulan ke sebulan masa berlalu.  Angsa, 🦒, tidak juga bertelur-telur.  ...