Rabu, 8 Mac 2023

Makanan Angsa

 Assalamualaikum.

Bertemu kembali, 😊

Umur remaja telah dilalui... sebulan ke sebulan masa berlalu.  Angsa, 🦒, tidak juga bertelur-telur. 

Hidup di zaman maklumat di hujung jari, Achik cari apa yang patut dibuat supaya angsa, 🦒bertelur.  Cari punya cari, rupenye kena beri deme makan protein.  Telur sumber protein, perlukan protein untuk dihasilkan.  Perlu beri deme makan lebih kurang 30% sumber protein.

Sejak dari hari itu menu deme berubah, πŸ˜‰.  Nasi dicampur dengan jagung dan dedak.  Jagung dan dedak dalam anggaran 30%.

Bukan itu sahaja, angsa juga perlu diberi makan sayur-sayuran, πŸŒΏπŸƒ.  Sejak dari hari itu juga, Achik berkongsi sayur-sayuran yang ditanam di sekeliling rumah.  Pucuk ubi, bayam brazil, pucuk paku dan sayur nasin, semuanya dikongsi bersama-sama, 🀭.

Kami juga mencuba, beri ulam sabung nyawa... angsa tak nak.  Beri daun pisang, wow favourite!  Pucuk petai jawa dan daun remunggei, makan tapi tak berapa minat... tak habis.  Untuk pastikan sayur CUKUP, yang mana bukan favourite, kami hiris dan masukkan sekali dengan campuran nasi, jagung dan dedak.  Alhamdulillah, habis dimakan dek angsa, 🦒.

Setelah menjangkau dua bulan makan menu yang pelbagai: nasi, jagung, dedak dan sayur-sayuran, alhamdulillah, angsa BERTELUR, 🐣.  He he... belum anak yang comey lagi, baghu telur  yang giant!!

Achik Kuale πŸ˜‰


Sifat Terpuji: Belajar dan terus belajar!  Ops... maaf, bukan masuk bakul angkat sendiri... bukan juga naik lif tekan sendiri, ☺️

#angsa#makanan angsa


Rabu, 1 Mac 2023

Jom Bela Angsa

Assalamualaikum.

Bertemu kembali, 😊

Angsa, 🦒. Kite selalu fikir angsa garang. Angsa sebagai pengawal rumah. Angsa akan kejo tetamu.

Achik mule bela angsa, 🦒pada Februari 2019. Sepasang angsa putih dan sepasang lagi, putih dan kelabu. Angsa yang sangat comey. Angsa yang mesra dan pemalu. Alhamdulillah, tak garang. 

Angsa yang tak ada nama, Achik cuma panggei putih dan kelabu, ikut warna deme. Tapi bila dah lama "berkawan" dengan deme, timboi rasa sayang. Dipanggei deme nyaut, ditegur macam faham.  Ha ha... 🦒 macam dapat bezakan antara sapaan dan teguran.

Ate cer kome terey bayangkan, angsa yang elok je tengah "meragut" rumput, bila kite lalu,🚢🏽‍♂️deme yang beredar ke tepi.... sambil berbunyi-bunyi. Dulu,  mungkin kite pernah dikejo dek angsa. Tapi... itu dulu. La ni... sangat berbeza.

Achik guna perkataan "meragut" sebab memang satu perkara yang baghu bagi Achik. Achik tak tahu yang angsa ni kuat makan rumput.

Ropenye deme meragut rumput macam lembu kambing. πŸ‚πŸƒ Laman belakang rumah yang rumput padang bercampo-campo dengan rumput lio cepat je jadi botak, macam padang jarak, padang tekukur... πŸ˜…

Achik Kuale πŸ˜‰


Sifat Terpuji: Sayangi haiwan!

Peribahasa: Padang jarak, padang tekukur

Maksud:

1. Sebuah kawasan luas yang ditinggalkan kosong tanpa sebarang aktiviti pertanian dan sebagainya.

2. Sesuatu kawasan / bangunan yang habis musnah akibat kebakaran, bencana alam dan sebagainya.

#angsa


Sabtu, 3 Julai 2021

Suatu Masa Dulu... Ais Kepal

Assalamualaikum.

Bertemu lagi. 😊

Ais kepal! Dapat bayangkan rope mana...?

Ais yang disagat, dibentuk bulat, saiz ngam-ngam untuk letak atas tapak tangan.  Punye le sempoi... lapik dengan kertas suratkhabar yang dipotong segiempat kecik. Lepas tu siram dengan ayo gula warna merah / sirap. πŸ”΄

Haa... apa lagi... hisap dan gigit-gigit le! πŸ˜‹

Dulu, awal tahun 70an, tambang van sekolah 5 sen sehala.  Hari Jumaat, Pak Cik Van solat Jumaat dulu, πŸ•Œ.  Kami yang habih kelas dalam pukul 12, πŸ•›, tak larat nak tunggu hingga habis solat.  Ate... jalan kaki le 🚢🏽‍♂️balik ke rumah.

Jalan bawah rembang matahari,🌞, lega le sikit, dapat makan ais kepal.  Ha ha... makan ke minum?

Duit tambang tak masuk tabung le jawabnye...

Ais kepal habis dinikmati πŸ˜‹, rumah pun dah dekat... alhamdulillah.

Achik Kuale πŸ˜‰


Loghat Kuale

ais kepal ~ ais kepe; e pertama, e pepet dan e kedua, e taling

Sifat Terpuji:  Jaga solat.


#ais kepal

Jumaat, 2 Julai 2021

Jom Kenal Kenal!

 Assalamualaikum 😊

Jom Kenal Kenal!

Terima kasih jenguk ke blog Terang Terang Tanah.  He he... baghu nak mule.

Tak kenal, maka tak cinta !  Nak sembang-sembang tentang pengalaman hidup.  Semoga ada kebaikan.  Sejarah mengajar kite... πŸ˜…

Terang-terang tanah adalah simpulan bahasa, matahari pagi yang baru nak terbit.  Aturlah langkah dengan berhati-hati kerana hari belum cerah sempurna.  Nikmat, ujian dan cabaran menjadikan Hidup Ini Indah!

Achik Kuale πŸ˜‰


Loghat Kuale

matahari pagi yang baru nak terbit ~ matahari yang baghu /ΨΊ/ nak terobit

#kenal

Makanan Angsa

 Assalamualaikum. Bertemu kembali, 😊 Umur remaja telah dilalui... sebulan ke sebulan masa berlalu.  Angsa, 🦒, tidak juga bertelur-telur.  ...